Followers

Thursday, December 13, 2012

Kisah Ayah ku


  1. glitter          Assalammualaikum,terima kasih la kepada sapa2 yg terbukak blog zai ni ye al -maklum lah blog yg kosong dgn cerita….dan….berita huhuhu!!..Sebenarnya zai tak tahu nak taip apa kt blog ni…sampai bersawang la org kata tak berusik-usik,bak org berkata org berblog awak nak berblog jugak tapi blognya kosong je….. sapa nk bukakkan hehehe...Tapi hari ni zai nak cuci sawang-sawang yang dah melekat ni dan nak bercerita sikit tentang peristiwa yang munkin zai takkan dapat lupakan sampai ke akhir hayat zai….cerita yang munkin sedih bagi zai…la tapi tak tahu la bagi kawan-kawan…sebenarnya zai ni bukannya tahu menulis sangat, tah apa-apa yang zai tulis …tah mana titik tah mana koma tah mana nk letak huruf besar hehehe….maklum la dah lama tinggalkan sekolah.hehehe…….hentam saja la……
  1.       Cerita ni tentang  arwah ayah zai yang tercinta…yang baru meninggalkan kami pada tanggal 23 zulhijjah 1434 bersamaan 8 november 2012…….Sebenarnya  bercerita ni hanya untuk mengigati jasa-jasa ayah yang telah membesarkan kami dengan penuh cabaran dan kesabaran...Ni pon dah sebulan lebih baru ada berani nak cerita sebab bila sebut ayah je nak nangis..... mcm budak kecikkan hehehe...
  1.          Ayah…….!!! Seorang ayah yang garang, tegas dan penyayang pada anak-anaknya,seorang ayah yang mempunyai anak-anak yang ramai ..iaitu 13 orang semuanya yang perlu dia didik untuk menjadi anak-anak yang berguna pada agama bangsa dan Negara.Teringat zai masa kecil-kecil dulu jika dia ajar mengaji mesti kita orang adik beradik seram sejuk,siap pakai seluar tebal- tebal hehehe…takda sakit sangat kalau kena sembat hahaha….cerdikkan kita orang…takut ooii sembat pakai batang ubi tu…Arwah ayah ajar kita org selepas magrib, rumah kita orang ni depan masjid je, sambil balik dari masjid tu dia sempat patahkan batang ubi kat tepi jalan tu untuk buat rotan.…huhuhu..tapi dia sembat kat kaki je…
  1.          Tapi Alhamdulillah anak-anaknya semua nya khatam Al Quran pada usia muda  berkat kena rotan dengan batang ubi hahaha…kalau budak sekarang mau cabut lari kan bila Nampak batang ubi yang nak di buat rotan.Ayah zai ni tegas-tegas pon dia mesti dulukan ibu-bapa anak-anak dan isteri dia terutama dalam bab makan,walau pon kita orang ni dalam golongan yang susah maklum la orang kampong masa awal 1980an kan mana ada yang senang sangat….dia kalau bab makan mesti dulukan kami ni anak-anak dia ..pernah sekali tu dia beli udang laut yang harganya seekor seringgit mahal gila…. pada masa tu la sekarang seriggit dah mcm tak laku je kan,jadi nak beli bukan boleh seekor kan mesti lah kena banyak sikit kan sekurang-kurang satu kilo ,maklum la anak-anak ramai,tapi dia sanggup beli jugak..masa tu pendapatan orang-orang kampong dari hasil koko. Jadi dari hasil jual koko tu la dia beli..kawan-kawan nak tahu hasil koko tu nak dapat bukan hari2 kena tunggu seminggu baru boleh jual kadang2 tingal nak jual je boleh kena curi pulak huhuhu… tu la orang kampong  dah la susah ada pulak penyagak yang sanggup mencuri…geram betul..tapi ayah ni penyabar dia cakp takpa la dah rezeki dia…
  1.          Ayah zai ni masa hidupnya antara yang di hormati di kampong maklum la Naib khadi……jadi kat kampong tu dia antara yang di hormati la… tapi suka-suka pon ada yang tak suka maklum lah manusia mana boleh tgk org senang mesti ada yang dengki…
  1. Ni kisah masa zai kecil2 la...ok la nnti zai cerita lagi ye panjang2 plk jemu nak bacakan.... 

No comments: